Wednesday, March 28, 2012

Sombong

Sombong ( Takabbur ) ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak atau pongah  , manakala menyombong disifatkan sebagai membesar-besarkan diri atau bermegah-megah. Sombong termasuk sikap mental yang buruk dan tercela. Sifat mazmumah ini berakar umbi dengan hati. Sikap ini dapat dikenali dengan tanda-tanda berikut:
  • Ria - tabiat suka memuji diri sendiri dan membanggakan kemuliaan diri , harta, ilmu dan keturunan
  • Meremehkan orang lain.
  • Keji mulut - ia lebih suka mengkritik orang lain hinggakan kritikan itu membinasakan orang lain.
  • Memalingkan muka ketika bertemu dengan seseorang.
  • berlenggang lenggok ketika berjalan .
  • berlagak dalam berbicara.
Mereka yang mempunyai sifat ini juga akan mengalami berbagai perasaan seperti :
  • Jiwa kosong .
  • Takut kepada bayang sendiri .
  • Tidak mempercayai orang lain.
  • Tersisih dari masyarakat 
Allah SWT telah memperingatkan agar menusia berjalan dimuka bumi ini dengan tawaduk ( rendah diri ) dan dengan satu perasaan dan kesedaran bahawa mereka hanyalah hamba Allah semata. 

Manusia haruslah ingat bahawa mereka  tidak ubah seperti seekor semut yang berjalan dalam sebuah padang yang luas yang sentiasa diintai oleh satu kuasa yang perkasa untuk memusnahkannya.ketika itu tiada siapa dapat membantu..

1 comment:

Pakwan said...

Boleh beri komen...