Anjung Sri Mas
Saturday, April 14, 2012
Pembersihan rohani
Pembersihan rohani dikaitkan dengan jiwa seseorang yang sakit dengan memeiliki sifat-sifat mazmumah. Sifat yang merosakkan manusia pada pandangan umum. Diantara kaedah yang boleh digunakan untuk membersih jiwa ialah dengan memuhasabah diri. Muhasabah perlu dilakukan setiap masa supaya semua sifatifat mazmumah dapat dihapuskan.
Wednesday, March 28, 2012
Sombong
Sombong ( Takabbur ) ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak atau pongah , manakala menyombong disifatkan sebagai membesar-besarkan diri atau bermegah-megah. Sombong termasuk sikap mental yang buruk dan tercela. Sifat mazmumah ini berakar umbi dengan hati. Sikap ini dapat dikenali dengan tanda-tanda berikut:
- Ria - tabiat suka memuji diri sendiri dan membanggakan kemuliaan diri , harta, ilmu dan keturunan
- Meremehkan orang lain.
- Keji mulut - ia lebih suka mengkritik orang lain hinggakan kritikan itu membinasakan orang lain.
- Memalingkan muka ketika bertemu dengan seseorang.
- berlenggang lenggok ketika berjalan .
- berlagak dalam berbicara.
Mereka yang mempunyai sifat ini juga akan mengalami berbagai perasaan seperti :
- Jiwa kosong .
- Takut kepada bayang sendiri .
- Tidak mempercayai orang lain.
- Tersisih dari masyarakat
Allah SWT telah memperingatkan agar menusia berjalan dimuka bumi ini dengan tawaduk ( rendah diri ) dan dengan satu perasaan dan kesedaran bahawa mereka hanyalah hamba Allah semata.
Manusia haruslah ingat bahawa mereka tidak ubah seperti seekor semut yang berjalan dalam sebuah padang yang luas yang sentiasa diintai oleh satu kuasa yang perkasa untuk memusnahkannya.ketika itu tiada siapa dapat membantu..
Saturday, March 24, 2012
KEHIDUPAN YANG SEDERHANA
Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak
menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku
kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada
hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu
apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."
Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah
berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada
mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda
s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin
yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi
Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda
s.a.w..
Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari
kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk termenung dan
kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu
berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah
menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis?
Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu
yang mungkin menyinggung perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"
Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang
sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama
sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan
kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang
terletak ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang
menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa
dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah
katapun sebagai menjawab permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya
pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w.
mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi
Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat
daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas
dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat sebuah bantal yang diperbuat
daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.
Umar r.a.hu bercerita:
"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan
menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan
perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya
mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum
Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan
sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga
wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad
s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas
itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit
binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu
tidak ada sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya
menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya
sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat
keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan
Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi
yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja
yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak
sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup
didalam keadaan serba miskin."
Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad
s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda
s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata:"Wahai Umar,
nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang
bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang
terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan
akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."Mendengar
kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal
lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah
kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal
ini."
Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri
dari sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan
kulit-kulit pohon tamar." Soalan yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia
menjawab:"Ianya terdiri dari sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada
suatu hari, untuk memberi keselesaan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu berlipat empat. Pada
esok paginya itu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Apakah
yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya menjawab:"Kain yang
sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad
s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang
bertambah itu akan menghalangkan Tahajjud."
Saturday, February 11, 2012
Maulidur rasul
Wordless Wednesday
Pertandingan Banner yang dianjurkan oleh pihak SMKTM sempena Maulidur Rasul 1423 amat memberangsangkan. Sungguh pun mendapat tempat keempat tetapi sudah cukup bagi menyuntik semangat juang untuk mengaktifkan aktiviti kelab Komputer. Mudah-mudahan para pelajar junior akan dapat menunjukkan taring mereka buat permulaan,..
Subscribe to:
Posts (Atom)